Thursday, 28 January 2016


                                          Pengenalan

Assalamualaikum untuk tugasan kali ini saya bersama sama ahli kumpulan telah diberi tugasan untuk menyiapakan blog sport fokus kami di dalam blogsport ini adalah lebih kepada cara untuk menyiapkan blog sport ini .Di dalam blog sport ini kami akan kongsikan tentang tanaman kelapa sawit dan cara untuk mengatasi penyakit penyakit yang ada pada pokok kelapa sawit .

Di bawah ini saya sertakan kekuatan ahli kumpulan saya berserta biodata pengenalan diri bagi setiap ahli di dalam kumpulan saya .

NAMA: AIDA NURLISA BT MOHD SHUKRI
NO MATRIK: 22DAG15F1127
ASAL:KELANTAN
SEBAB MEMILIH KOS INI:KERANA MEMINATI DALAM BIDANG PERTANIAN

NAMA: ZULHILMI BIN ABDUL JALIL
NO MATRIK : 22DAG15F1056
ASAL:KEDAH
SEBAB MEMILIH KOS INI: UNTUK MENDALAMI ILMU PERTANIAN AGAR DAPAT MENCAPAI CITA-CITA

NAMA: ANWAR NAZMI BIN ADRIS
NO MATRIK: 22DAG15F1094
ASAL:SELANGOR

SEBAB MEMILIH KOS INI : KERANA INGIN MENCAPAI CITA-CITA DAN MATLAMAT

PROSES PENGUKURAN ANAK POKOK






  PENYAKIT DAN PEROSAK KELAPA SAWIT 



KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) adalah tanaman utama di Malaysia dari keluarga Palmae yang menjadi bahan ekspot utama negara dalam sektor pertanian. Negara Indonesia merupakan paling banyak menanam dan menghasilkan kelapa sawit dengan jumlah pengeluaran sebanyak 21.534 juta metrik tan yang bernilai sebanyak USD 9.37 billion pada tahun 2010 . Malaysia pula merupakan negara kedua pengeluar produk kelapa sawit dengan pengeluaran sebanyak 1.67 juta metrik tan berilai sebanyak USD 7.39 billion pada tahun yang sama. Negara berikutnya adalah Thailand, Nigeria dan Colombia. Trend penanaman dan pengeluaran kelapa sawit terus meningkat dengan penanaman dikawasan baru di Benua Afrika dan di Indonesia. Artikel malam ini saya minat untuk menulis dalam 'Anim Agro Technology' bertajuk penyakit dan perosak yang lazim menyerang tanaman kelapa sawit.












Tanaman Kelapa Sawit bermula biji benih yang hendak di semai di tapak semaian sehingga sesuai untuk diubah ke Ladang.  Biji benih sawit ada yang diserang Penyakit 'Brown Germ' iaitu embrio dalam isirong yang rosak atau hitam disebabkan oleh Kulat Aspergillus spp, penicillium spp dan Fusarium spp. Akibatnya biji embrio benih tidak bercambah dan boleh dikawal dengan menggunakan racun mencozeb dan benomyl iaitu direndam biji benih selama 15 minit.  Penyakit kedua yang menyerang pada biji benih adalah Penyakit Schizophyllum yang disebabkan oleh Shizophyllus commune dimana miseliumnya masuk kedalam biji benih dan merosakkannya. Penyakit ini menyerang biji sawit yang pecah dan mesokarp yang tidak bersih pada biji atau biji yang disimpan ditempay yang lembab. Kawalan menggunakan racun kulat seperti Thiram (0.2%), membuang mesokap dengan bersih dan juga pemilihan biji yang tidak pecah atau retak.







Ketika di tapak semaian terdapat beberapa penyakit yang boleh menyerang tetapi ianya mudah dikawal. Antara penyakitnya adalah seperti Penyakit Antroaknos yang disebabkan oleh Melancocinium,Bortydiplorida dan Glomerela. Bahagian anak benih yang terang akan berbintik-bintik perang dikelilingi kuning dimana berlaku pada benih berumur 1-3 bulan. Kawasan keliling yang lembab, susunan anak benih yang rapat dan siraman air berlebihan adalah antara puncanya. Penyakit Bintik Daun (Curvularia spp) akan menyerang daun yang terdedah terutama dikawasan tanah gambut .Penyakit Karah Daun (Phytium spp) dan (Rhizoctonia spp) menyerang daun-daun tua dan kemudian merebak kebhagian batang dan akar anak benih sawit. Pemerhatian saya mendapati kawalan untuk penyakit di tapak semaian dengan penyusunan polibeg yang sesuai, imbangan pembajaan yang sesuai, ada naungan yang optima dan penggunaan racun kulat disyorkan.
     

Antara masalah yang dihadapi dalam industri penanaman kelapa sawit adalah masalah serangan penyakit.Penyakit yang paling serius menjangkiti pokok kelapa sawit di Malaysia adalah reput pangkal batang (RPB) yang disebapkan oleh serangan kulat Ganoderma boninense .Pokok kelapa sawit yang diserang penyakit RPB boleh menyebabkan kerugian hasil dari dua segi ,iaitu mengurangkan bilangan tandan dan berat buah dan membunuh pokok
     
       Serangan dapat terjadi selama periode kering dan basah.Gejala awal tampak berupa tompok kuning pada daun tombak atau yang telah terbuka .Kulat alga membesar dan menjadi agak lonjong dengan panjang 7-8 mm berwarna coklar terang dengan tepi kuning atau tidak.Bahagian tengah bercair kadangkala tampak berminyak.Seterusnya kulat alga pada daun menjadi nekrosisbeberapa kulat dan alga menyatu dan membentuk kulat alga besar tidak beraturan.Kursus bahagian tengah kulat alga pada daun mengering ,rapuh,berwarna kelabu atau coklat muda.
      
      
      CONTOH GAMBAR

      

   
 Serangga Pemakan Daun (Orthocrapeda trimadan dan Ploneta diduta) dimana larvanya memakan bahagian tepi daun pada bahagian tepi daun. Serangan serius menyebabkan daun hanya tinggal lidi dan perlu dikawal dengan semburan menggunakan racun jenis Methamidophos atau penggunaan bahan BT seperti diatas. Serangga Ulat Beluncas (Setora Nitens) menyerang bahagian hujung daun bergerigi sehingga tinggal lidi. Cara kawalan dengan menggunakan musuh semulajadi iaitu BT dan juga menggunakan semburan racun serangga seperti Dieldrin pada kepekatan 0.02%. Kumbang Tanduk (Oryctes rhinocerous)merupakan serangga yang mudah dikenali kerana berwarna hitam dan memounyai tanduk. Kumbang ini bertelur dibahagian pucuk pokok (khususnya pokok muda) dan larva akan makan bahagian tisu lembut pokok. Akibatnya pucuk baru akan membentuk seperti kipas dan bomeh membunuh pokok. Kawalan menggunakan perangkap fromon atau memasang lampu perangkap. Musnah tempat pembiakan kumbang tanduk seperti tunggul kelapa dan sabut dikawasan ladang. 


     

                                       


 



Diantara haiwan lain yang menyerang tanaman kelapa sawit adalah Tikus, Gajah, Lembu dan Babi. Tikus Belukar (Rattus tiomanicicus)Tikus Sawah (Rattus Argentiventer) dan Tikus Rumah (Rattus diardi) merupakan vetebret yang menyerang diperingkat semaian dan juga buah kelapa sawit yang hampir matang. Serangan di tapak semaian dengan tikus mengorek dalam polibeg dan mengorek pangkal pokok. Kawalan dengan racun umpan tikus antikoagulant yang berkesan atau memasang pagar xink keliling tapak semaian. Bagi mengawal serangan tikus pada buah bleh menggunakan racun tikus yang diletakan di setiap pangkal pokok kelapa sawit setiap 3-5 hari. Berhentikan pemberian umpan jika peratus umpan dimakan menurun sehingga 20% sahaja dan kawalan ini bertahan sehingga 6 bulan. Jika serangan pada tahap teruk boleh gunakan umpan jenis Zink Phosphide pada kadar 1 0-30 graam pada setiap pokok. Kawasan ladang sebaiknya sentiasa bersih untuk elakan populasi tikus. Gajah, lembu dan babi hutan dikawal dengan kaedah membina parit ladang sempadan, memasang pagar letrik atau menembak dengan senapang. Diharap artikel ini memberikan maklumat tambahan kepada pembaca semua. 





Terdapat dua jenis penyakit Kelapa Sawit yang sering menyerang di ladang iaitu Penyakit Reput Pangkal Batang (Ganorderma boninense ) dan Penyakit Reput Perdu ( Collectotrium spp) atau Fusarium spp. Penyakit Ganoderma menyerang pokok bermur 10 tahun keatas walau pun ada kes menyerang pokok muda. Pucok pokok diserang akan tidak mebgembang dan daun tua akan patah dimana jika dibelah bahagian tosu akan berbau busuk.  Biasanya pokok mati 6-12 bulan kemudian jika tidak dikawal. Kerugian mencecah sehingga 50% jika kelapa sawit ditanam ditanah bekas tanaman kelapa. Kawalan dengan memungut batang atau tunggul kelapa sawit diserang daan mesti dibakar. Pokok yang dijangkiti peringkat awal boleh diracun.dahulu dan jika tidak akan dibakar.  Penyakit Reput Perdu(Crown disease) pula menyerang pokok berumur 1-3 tahun dimana pucuknya tidak mengembang, pertumbuhan terbantut dan daun melempai kebawah walau pun kemungkinan kadar serangan cuma 5 % sahaja. Gunakan anak benih tahan serangan, pembajaan sempurna dan kebersihan ladang yang optima.

Terdapat 6 jenis serangga perosak menyerang tanaman kelapa sawit. Serangga tersebut adalah Kumbang Apogonia, Ulat Bungkus, Ulat Tandan Buah, Ulat Pemakan Daun, Ulat Beluncas dan Kumbang Tanduk. Kumbang Apogonia (Apogonia spp atau Adoretus spp) menyerang bahagian daun muda kelapa sawit terutama dalam tapak semaian dan serangan berlaku pada malam hari (Foto sebelah). Kesan serangan berlalu gigitan bergeriji pada daun. Kawalan dengan memasang perangkap lampu, memasang jaring pelindung dan juga racun kimia seperti chloriphyfos. Ulat Bungkus (cremastopcyche pendula atau Metis plana) yang dewasa adalah jenis rama-rama tidak berkepak dan larvanya membentuk kelongsong pada daun sebaik menetas.  Walaupun perosak ini banyak musuh semulajadi tetapi jika seragan serius boleh gunakan racun seperti metamidophos pada kepekatan 0.25%. Serangga Ulat Tandan Buah (Tirathaba Mundela)menyerang dimana rama-rama dewasa akan bertelur dikudup bunga dan makan kudup dan putik buah kenudian gugur. Kawalan dengan semburan racun Metamidiphos atau agen Bacillus thuringiensis(BT).   
Cara untuk mengatasi masalah penyakit dan perosak pokok kelapa sawit

1. Perosak Kumbang

Perosak Kumbang Oryctes rhinoceros biasanya menyerang titik tumbuh tanaman yang semakin meningkat yang membawa kepada kematian tumbuhan. Di samping itu, perosak kumbang juga mempunyai berpotensi akan menyerang daun sawit dengan tanda daun kelihatan rosak. Untuk membetulkan ini, pastikan anda sentiasa menjaga kawasan ladang sentiasa bersih. Jika terdapat baki pokok mati, memohon membara untuk membasmi pembiakan perosak ini.

2. Serangga Perosak

Serangga seperti rama-rama juga menjadi musuh untuk menonton. Tumbuh-tumbuhan yang terbukti telah dijangkiti oleh spesies perosak mempunyai daun yang ditampal dengan telur rama-rama di permukaan. Selepas itu, telur yang telah menjadi ulat memakan daun sehingga habis. Untuk membetulkan ini, gunakan racun hubungan Sevin 85 ES atau Hostation 25 ULV Sprayer.

3. Perosak Ngengat

Ngengat menyerang tanaman kelapa sawit melalui telur yang terkandung dalam tandan buah yang telah dimasak. Jika telur menetas, larva ngengat akan makan buah-buahan. Anda boleh menghentikan serangan dan pembiakan dengan menyembur Thiodan bercampur dengan air bersih. Menyesuaikan jumlah air dan Thiodan dengan kawasan ladang sawit anda.

4. Penyakit daun berjalur kuning

Daun berjalur kuning adalah disebabkan oleh infeksi cendawan Fusarium oxysporum pada masa daun belum terbuka. Bahagian-bahagian yang menguning berbentuk bujur kecil tidak lama lagi akan kering dan menyebabkan kerosakan. Untuk membetulkan ini, anda perlu lakukan pencegahan dari awal dengan menanam benih yang tidak dijangkiti oleh penyakit ini.

5. Penyakit busuk tandan

Penyakit satu yang secara langsung memberi kesan kepada kualiti tanaman kelapa sawit anda. Punca penyakit ini adalah Marasmius palmivorus Sharples yang menyerang tanaman yang berumur di antara 3 dan 10 tahun. Bukan sahaja menyerang buah-buahan yang sudah masak, ia menyebabkan kerugian yang besar kerana ia boleh mencapai daging buah. Untuk menetapkan, menggunakan Actidone sekali dalam 2 minggu dan membuang tandan sudah dijangkiti.