PENYAKIT DAN PEROSAK KELAPA SAWIT
KELAPA SAWIT (Elaeis guineensis) adalah tanaman utama di Malaysia dari keluarga Palmae yang menjadi bahan ekspot utama negara dalam sektor pertanian. Negara Indonesia merupakan paling banyak menanam dan menghasilkan kelapa sawit dengan jumlah pengeluaran sebanyak 21.534 juta metrik tan yang bernilai sebanyak USD 9.37 billion pada tahun 2010 . Malaysia pula merupakan negara kedua pengeluar produk kelapa sawit dengan pengeluaran sebanyak 1.67 juta metrik tan berilai sebanyak USD 7.39 billion pada tahun yang sama. Negara berikutnya adalah Thailand, Nigeria dan Colombia. Trend penanaman dan pengeluaran kelapa sawit terus meningkat dengan penanaman dikawasan baru di Benua Afrika dan di Indonesia. Artikel malam ini saya minat untuk menulis dalam 'Anim Agro Technology' bertajuk penyakit dan perosak yang lazim menyerang tanaman kelapa sawit.
Tanaman Kelapa Sawit bermula biji benih yang hendak di semai di tapak semaian sehingga sesuai untuk diubah ke Ladang. Biji benih sawit ada yang diserang Penyakit 'Brown Germ' iaitu embrio dalam isirong yang rosak atau hitam disebabkan oleh Kulat Aspergillus spp, penicillium spp dan Fusarium spp. Akibatnya biji embrio benih tidak bercambah dan boleh dikawal dengan menggunakan racun mencozeb dan benomyl iaitu direndam biji benih selama 15 minit. Penyakit kedua yang menyerang pada biji benih adalah Penyakit Schizophyllum yang disebabkan oleh Shizophyllus commune dimana miseliumnya masuk kedalam biji benih dan merosakkannya. Penyakit ini menyerang biji sawit yang pecah dan mesokarp yang tidak bersih pada biji atau biji yang disimpan ditempay yang lembab. Kawalan menggunakan racun kulat seperti Thiram (0.2%), membuang mesokap dengan bersih dan juga pemilihan biji yang tidak pecah atau retak.
Ketika di tapak semaian terdapat beberapa penyakit yang boleh menyerang tetapi ianya mudah dikawal. Antara penyakitnya adalah seperti Penyakit Antroaknos yang disebabkan oleh Melancocinium,Bortydiplorida dan Glomerela. Bahagian anak benih yang terang akan berbintik-bintik perang dikelilingi kuning dimana berlaku pada benih berumur 1-3 bulan. Kawasan keliling yang lembab, susunan anak benih yang rapat dan siraman air berlebihan adalah antara puncanya. Penyakit Bintik Daun (Curvularia spp) akan menyerang daun yang terdedah terutama dikawasan tanah gambut .Penyakit Karah Daun (Phytium spp) dan (Rhizoctonia spp) menyerang daun-daun tua dan kemudian merebak kebhagian batang dan akar anak benih sawit. Pemerhatian saya mendapati kawalan untuk penyakit di tapak semaian dengan penyusunan polibeg yang sesuai, imbangan pembajaan yang sesuai, ada naungan yang optima dan penggunaan racun kulat disyorkan.
No comments:
Post a Comment