Thursday, 28 January 2016
Terdapat dua jenis penyakit Kelapa Sawit yang sering menyerang di ladang iaitu Penyakit Reput Pangkal Batang (Ganorderma boninense ) dan Penyakit Reput Perdu ( Collectotrium spp) atau Fusarium spp. Penyakit Ganoderma menyerang pokok bermur 10 tahun keatas walau pun ada kes menyerang pokok muda. Pucok pokok diserang akan tidak mebgembang dan daun tua akan patah dimana jika dibelah bahagian tosu akan berbau busuk. Biasanya pokok mati 6-12 bulan kemudian jika tidak dikawal. Kerugian mencecah sehingga 50% jika kelapa sawit ditanam ditanah bekas tanaman kelapa. Kawalan dengan memungut batang atau tunggul kelapa sawit diserang daan mesti dibakar. Pokok yang dijangkiti peringkat awal boleh diracun.dahulu dan jika tidak akan dibakar. Penyakit Reput Perdu(Crown disease) pula menyerang pokok berumur 1-3 tahun dimana pucuknya tidak mengembang, pertumbuhan terbantut dan daun melempai kebawah walau pun kemungkinan kadar serangan cuma 5 % sahaja. Gunakan anak benih tahan serangan, pembajaan sempurna dan kebersihan ladang yang optima.
Terdapat 6 jenis serangga perosak menyerang tanaman kelapa sawit. Serangga tersebut adalah Kumbang Apogonia, Ulat Bungkus, Ulat Tandan Buah, Ulat Pemakan Daun, Ulat Beluncas dan Kumbang Tanduk. Kumbang Apogonia (Apogonia spp atau Adoretus spp) menyerang bahagian daun muda kelapa sawit terutama dalam tapak semaian dan serangan berlaku pada malam hari (Foto sebelah). Kesan serangan berlalu gigitan bergeriji pada daun. Kawalan dengan memasang perangkap lampu, memasang jaring pelindung dan juga racun kimia seperti chloriphyfos. Ulat Bungkus (cremastopcyche pendula atau Metis plana) yang dewasa adalah jenis rama-rama tidak berkepak dan larvanya membentuk kelongsong pada daun sebaik menetas. Walaupun perosak ini banyak musuh semulajadi tetapi jika seragan serius boleh gunakan racun seperti metamidophos pada kepekatan 0.25%. Serangga Ulat Tandan Buah (Tirathaba Mundela)menyerang dimana rama-rama dewasa akan bertelur dikudup bunga dan makan kudup dan putik buah kenudian gugur. Kawalan dengan semburan racun Metamidiphos atau agen Bacillus thuringiensis(BT).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment