Thursday, 28 January 2016


   
 Serangga Pemakan Daun (Orthocrapeda trimadan dan Ploneta diduta) dimana larvanya memakan bahagian tepi daun pada bahagian tepi daun. Serangan serius menyebabkan daun hanya tinggal lidi dan perlu dikawal dengan semburan menggunakan racun jenis Methamidophos atau penggunaan bahan BT seperti diatas. Serangga Ulat Beluncas (Setora Nitens) menyerang bahagian hujung daun bergerigi sehingga tinggal lidi. Cara kawalan dengan menggunakan musuh semulajadi iaitu BT dan juga menggunakan semburan racun serangga seperti Dieldrin pada kepekatan 0.02%. Kumbang Tanduk (Oryctes rhinocerous)merupakan serangga yang mudah dikenali kerana berwarna hitam dan memounyai tanduk. Kumbang ini bertelur dibahagian pucuk pokok (khususnya pokok muda) dan larva akan makan bahagian tisu lembut pokok. Akibatnya pucuk baru akan membentuk seperti kipas dan bomeh membunuh pokok. Kawalan menggunakan perangkap fromon atau memasang lampu perangkap. Musnah tempat pembiakan kumbang tanduk seperti tunggul kelapa dan sabut dikawasan ladang. 


     

                                       


 



Diantara haiwan lain yang menyerang tanaman kelapa sawit adalah Tikus, Gajah, Lembu dan Babi. Tikus Belukar (Rattus tiomanicicus)Tikus Sawah (Rattus Argentiventer) dan Tikus Rumah (Rattus diardi) merupakan vetebret yang menyerang diperingkat semaian dan juga buah kelapa sawit yang hampir matang. Serangan di tapak semaian dengan tikus mengorek dalam polibeg dan mengorek pangkal pokok. Kawalan dengan racun umpan tikus antikoagulant yang berkesan atau memasang pagar xink keliling tapak semaian. Bagi mengawal serangan tikus pada buah bleh menggunakan racun tikus yang diletakan di setiap pangkal pokok kelapa sawit setiap 3-5 hari. Berhentikan pemberian umpan jika peratus umpan dimakan menurun sehingga 20% sahaja dan kawalan ini bertahan sehingga 6 bulan. Jika serangan pada tahap teruk boleh gunakan umpan jenis Zink Phosphide pada kadar 1 0-30 graam pada setiap pokok. Kawasan ladang sebaiknya sentiasa bersih untuk elakan populasi tikus. Gajah, lembu dan babi hutan dikawal dengan kaedah membina parit ladang sempadan, memasang pagar letrik atau menembak dengan senapang. Diharap artikel ini memberikan maklumat tambahan kepada pembaca semua. 




No comments:

Post a Comment